Penguatkuasaan

   


MENU UTAMA

 Perutusan Pengarah

 Anugerah

 Khidmat

 Hubungan

  InVO

>>English<<

 

     

 

Pengenalan

Pembangunan industri ternakan sukar dilaksana bilamana penternak, pengusaha atau individu tidak mematuhi segala panduan atau batasan yang telah direncanakan dan diwartakan melalui undang-undang, perintah-perintah dan juga peraturan-peraturan Jabatan kearah kawalan penyakit. Menyedari hakikat tersebut Penguatkuasa memikul amanah untuk mempastikan bahawa semua peraturan-peraturan dan perintah-perintah yang dikeluarkan tidak dilanggari agar hasil ternakan dan juga penggunaan ubat-ubatan veterinar senantiasa selamat disamping mengawal penularan penyakit ternakan di dalam negeri.

 Cawangan Penguatkuasa bertanggungjawab memberi khidmat sokongan kepada Jabatan menerusi kuasa-kuasa yang diwartakan melalui peraturan-peraturan dan perintah-perintah yang dikeluarkan kearah pembangunan industri ternakan berjalan dengan teratur dan lancar.

 Objektif Penguatkuasaan

  1. Untuk memastikan bahawa semua haiwan, hasil ternakan dan juga ubat-ubatan veterinar termasuk vaksin yang diimport adalah selamat dan bebas daripada penyakit-penyakit kearah membendung penularan penyakit-penyakit ekzotik ke Negara ini.
  1. Untuk memantau dan memastikan penyakit ternakan dalam negara tidak merebak melalui kawalan terhadap pemindahan ternakan.
  1. Untuk menjamin bahawa bekalan daging dan hasilan ternakan dalam negeri daripada sumber yang bersih, bermutu, berkeadaan baik, dan selamat dimakan.
  1. Untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada orang awam supaya bersikap toleransi, bertimbangrasa dan menyayangi kepada binatang-binatang dengan menjaga kebajikan dan kesejahteraan haiwan sentiasa terpelihara dan tidak dizalimi.

 Fungsi Dan Bidang Tugas

Fungsi utama Unit Penguatkuasa adalah bertanggungjawab memberi khidmat sokongan kepada jabatan menerusi kuasa-kuasa yang diwartakan melalui peraturan-peraturan dan perintah-perintah kearah pembangunan sector industri ternakan dan kawalan penyakit ternakan. Tugas-tugas utama penguatkuasaan adalah operasi  iaitu bertindak daripada arahan atau  maklumat yang diterima, siasatan, pendakwaan dan penilaian semula prestasi aktiviti yang dijalankan. Tugas-tugas utama tersebut berfungsi hasil daripada aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti berikut:

  1. Memantau dan membendung aktiviti pemindahan ternakan, hasilan ternakan dan ubat-ubatan veterinary secara haram atau tanpa permit yang sah melalui pemeriksaan mengejut.
  1. Mengawal dan mencegah penularan penyakit-penyakit binatang melalui pemeriksaan permit pemindahan dan perjalanan atau sekatan jalanraya.
  1. Membendung aktiviti kezaliman kepada binatang
  1. Menjalankan pemeriksaan pasar bagi menentukan bahawa bekalan daging yang diperolehi adalah mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Senarai undang-undang  Jabatan yang dikuatkuasakan adalah seperti berikut:-

 1.                  Ordinan Binatang 1953

Perintah-perintah mengenai konservasi dan kawalan-kawalan penyakit yang dikeluarkan oleh Menteri Besar, seperti:-

a.       Perintah di bawah Seksyen 36(1)

b.      Perintah di bawah Seksyen 36(2)

c.       Perintah di bawah Seksyen 39(1)

d.      Perintah di bawah Seksyen 42(1)(4)(6)

2.                  Enakmen Pendaftaran Kerbau Lembu (Pindaan Pertama) 1990

 Aktivit-aktivit Bagi Fungsi-Fungsi Utama

 1.                  Perisikan

Perisikan adalah proses mengumpul dan mengenalpasti maklumat yang diterima untuk merancang sesuatu tindakan penguatkuasaan yang berkesan. Fakta-fakta yang diperolehi melalui perisikan merupakan penentu kepada cara bagaimana tindakan operasi akan dilaksanakan

2.                  Operasi

Operasi adalah nadi kepada penguatkuasaan undang-undang kerana keberkesanan aktiviti lain seperti penyiasatan dan pendakwaan  bergantung kepada keberkesanan Operasi. Kaedah-kaedah operasi adalah pemeriksaan, serbuan, rondaan, sekatan jalanraya dan operasi bersama. Prosedur-prosedur berkaitan dengan aktiviti ini perlu dipatuhi.

 3.                  Penyiasatan

Penyiasatan adalah satu tindakan yang sistematik mengikut Undang-Undang untuk mencari dan mendapatkan makluma-maklumat mengenai suatu kesalahan (bukti) dengan harapan untuk mendapat kebenaran berasaskan kepada kenyataan. Tujuan penyiasatan adalah bagi mengetahui kewujudan sesuatu kesalahan dan kesalahan itu  boleh melibatkan rampasan atau tangkapan serta siapa yang melakukan dan bagaimana kesalahan itu boleh berlaku.

4.                  Pendakwaan

Pendakwaan adalah proses terakhir di dalam tindakan penguatkuasaan bagi membawa pesalah ke muka pengadilanuntuk mendapatkan hukuman atau sebaliknya mengikut undang-undang yang ditetapkan.