|
Perutusan
Pengarah
Assalamualaikum
dan Selamat Sejahtera
Laman
web adalah penting di dalam usaha-usaha untuk menyebarkan maklumat
dan mengadakan saluran komunikasi yang mudah dengan pelbagai
pelanggan. Di dalam menghayati era ICT (information, communication
and technology) ini, maka Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Kedah
telah mengambil inisiatif untuk menyediakan Laman Web. Laman Web
tersebut telah diwujudkan sejak 2 Oktober 2000.
Jabatan
ini akan sentiasa memperkemaskan dan memastikan supaya isi kandungan
di dalam laman web akan memberi manfaat kepada pelanggan-pelanggan
jabatan.
Penekanan
yang diberikan pada bidang maklumat, komunikasi dan teknologi dan
prestasi jabatan.
Maklumat
yang dimuatkan di dalam laman
web diharap akan memberi gambaran senario industri, projek-projek
yang dirancang dan dikendalikan, latihan dan seminar dan pengetahuan
umum berkaitan Negeri Kedah Darul Aman.
Pelanggan
juga digalakkan untuk memberi maklum balas kepada pihak kami tentang
lain-lain maklumat yang diperlukan oleh golongan-golongan yang
tertentu
Kejayaan
penggunaan laman web adalah bergantung semata-mata di atas tuan-tuan
pelanggan
Sementara
itu, menjelang tahun 2010 kerajaan negeri Kedah Darul Aman berhasrat
untuk mencapai status negeri maju. Sehubungan dengan itu, jabatan
telah merancang pelan tindakan komprehensif dfan secara speksifik
untuk melaksanakan program-program yang boleh menepati sasaran
pengeluaran komoditi ternakan untuk negeri dan negara. Di samping
itu, usaha-usaha juga sedang diambil untuk mempertingkatkan taraf pendapatan penternak supaya
mencapai pulangan yang lumayan di dalam menyertai sector ternakan.
Maklumat dan hala tuju jabatan akan dapat diperolehi daripada laman
web ini.
“SELAMAT
MELAYARI LAMAN WEB JABATAN PERKHIDMATAN HAIWAN NEGERI KEDAH DARUL
AMAN”
Sekian,
Wasalam
|