MENU UTAMA

 Perutusan Pengarah

 Anugerah

 Khidmat

 Hubungan

  InVO

>>English<<

 

 

     

Panduan Zakat Ternakan

Zakat Ternakan

Binatang ternakan yang diwajibkan zakat adalah terdiri dari

  1. Kambing/Bebiri
  2. Lembu/Kerbau
  3. Unta

Syarat-syarat wajib zakat binatang ternakan ialah

  1. Islam
  2. Sempurna milik
  3. Merdeka
  4. Cukup nisab : permulaan nisab pada kambing/bebiri ialah 40 ekor, pada lembu ialah 30 ekor dan pada unta ialah 5 ekor
  5. Genap setahun dari tarikh cukup nisab
  6. Binatang ternakan itu tidak digunakan untuk tujuan kerja seperti bersawah dan lain-lain

Sifir Kiraan Zakat Lembu/Kerbau

Bilangan

Kadar dikeluarkan zakat

30 - 39

1 ekor anak lembu (jantan/betina umur 1 tahun

40 - 59

1 ekor anak lembu jantan berumur 2 tahun

60 - 69

2 ekor anak lembu jantan berumur 1 tahun

70 - 79

2 ekor anak lembu 1 tahun ( 1 jantan 1 betina)

80 - 89

2 ekor anak lembu betina berumur 2 tahun

90 – 99

3 ekor anak  lembu jantan berumur 1 tahun

100 - 109

3 ekor anak lembu (1 betina umur 2 tahun dan 2 ekor jantan berumur 1 tahun)

110 - 109

3 ekor anak lembu (1 ekor betina berumur 1 tahun dan 2 ekor jantan berumur 2 tahun)

Panduan

Apabila bilangan itu lebih dari yang dinyatakan di atas, maka setiap 30 ekor lembu diwajibkan zakat 1 ekor anak lembu yang berumur 1 tahun. Bagi setiap 40 ekor lembu diwajibkan zakat 1 ekor lembu yang bermur 2 tahun.

Sifir Kiraan Zakat Kambing / Bebiri

Bilangan

Kadar dikeluarkan zakat

40 – 120

1 ekor berumur 1 tahun

121 - 200

2 ekor berumur 1 tahun

201 - 300

3 ekor berumur 1 tahun

Dipetik dari Panduan Ibadat Zakat Majlis Agama Islam Johor