PENTERNAK JAYA KEBANGSAAN 2002

 

Maklumat pengusaha

Pengusha En. Mat Ali b. Abd.Rahman

No. Kad Pengenalan 5425839

No. Ahli PPK 2032 PPK Gua Musang, Kelantan

Alamat Kg. Lepan Jaya, 18300 Gua Musang, Kelantan

 

Latar Belakang Projek

 

Bidangusaha:Menternak ayam daging komersil

Kawasan: Sekitar Kg. Lepan Jaya dan Kg. Mentara, G.Musang

Mula Projek: 1983 hingga sekarang

Tenaga Keraja:50 orang pekerja tetap dan bantuan keluarga

Modal asal: RM10,000.00 dengan 3 buah reban ayam, kapasiti semasa 1000 ekor.

 

Pengurusan Ladang

 

a)      Pemakanan Ternakan

 

Makanan utama adalah makanan komersil yang diambil terus dari kilang di Pelabuhan Klang dengan mengguna 5 buah trailer sendiri. Kegunaan makanan ternakan ayam adalah sebanyak 15,000 bag sebulan dengan nilai sebanyak RM690,000.00 sebulan.

 

b)      Kesihatan

 

Program kesihatan dan pengawalan penyakit dijalankan sendiri oleh pengusaha serta mendapat tunjuk ajar daripada pihak Jabatan Perkhidmatan Haiwan serta para pembekal anak ayam, makanan dan ubatan.

 

c)      Reban

 

Mempunyai sebanyak 110 buah reban terbuka di sekitar Kg. Lepan Jaya dan Kg. Mentara Gua Musang. Reban reban ayan didirikan di 11 buah tempat yang berasingan dengan sistem All in All out dengan kapasiti muatan sebanyak 497,000 ekor ayam. Atap reban diperbuat daripada kepingan aluminium bagi mengurangkan kepanasan kepada ayam yang diternak.

 

Kawasan ladang

Bangsal (Unit)

Kapasiti Ternakan (Ekor)

1

1

20,000

2

2

35,000

3

10

70,000

4

10

41,000

5

8

30,000

6

12

35,000

7

9

21,000

8

10

28,000

9

25

94,000

10

10

30,000

11

13

93,000

JUMLAH

 

497,000

 

 

 

d)      Stor Makanan

 

Mempunyai sebuah stor makanan ayam berhampiran dengan Ibu Pejabat Pengusaha ladang di Kg. Lepan Jaya, keluasan stor adalah 50 x 12 yang dibina daripada batu, kayu dan zink.

 

e)      Rekod Ladang

 

Pengusaha mempunyai rekod ladang yang tersusun dan mengikut sistem yang diperlukan. Rekod ternakan ayam beliau dikendalikan oleh 2 orang kerani dan pekerja rumah ayam.

 

f)        Penggunaan Teknologi

 

Pengusasha banyak mendapat teknologi pemeliharaan daripada para pembekal anak ayam, makanan dan ubatan serta menggunkan inovasi sendiri selepas daripada melawat ke ladang ladang ternakan ayam yang lain diseluruh negeri.

 

g)      Pelupusan Buangan

 

Mempunyai sebuah tempat pembuangan ayam mati dimana ayam yang mati dibakar. Ayam yang tidak dapat dibakar dibuang ditempat yang jauh daripada kawasan perkampungan. Tahi ayam di pek didalam guni dan dijual sebagai baja pada kadar RM2.00/bag.

 

Ekonomi Penternakan

 

a)      Pengeluaran

 

Kemasukan anak ayam yang didaftarkan melalui Pejabat Haiwan Jajahan Gua Musang adalah sebanyak 2.1 juta ekor setahun dimana sebanyak 40 % daripada pengeluaran ayam hidup yang dihasilkan telah dipasarkan keluar dari Jajahan Gua Musang. Pengeluaran daging ayam yang siap diproses adalah dianggarkan sebanyak 1.06 ribu matrik tan setahun dengan nilai pasaran sebanyak RM5.30 juta.

 

b)      Mutu pengeluaran

 

Ayam pedaging dewasa yang dikeluarkan oleh pengusaha adalah pada berat 2 kg pada umur 40 hari. Kebiasaan pengusaha telah menjual ayam yang lebih daripada 2 kg bagi mendapat keuntungan yang lebih. Jenis ayam yang digunakan adalah Arbo Acres dan Crob.

 

c)      Pemasaran

 

Sebanyak 40 % daripada hasil keluaran telah dipasarkan keluar daripada Jajahan Gua Musang iaitu ke Kota Bharu, Pasir Mas, T.Merah dan Kuala Lipis. 60 % lagi dijual secara hidup atau proses di sekitar Jajahan Gua Musang. Pengusaha tidak mempunyai masalah dalam memasarkan ayam keluaran beliau kerana tidak mempunyai persaingan . Jajahan Gua Musang tidak mempunyai ramai pengusaha dalam bidang ini.

 

Pelbagai Aktiviti

 

Hasil daripada operasi menternak ayam pedaging yang dijalankan selama 20 tahun yang lalu, kini pengusaha mempunyai 4 buah Syarikat sendiri yang terdiri daripada:

 

MAE Poultry Farming (M) Sdn Bhd No. Syarikat 563789 M (Menjalankan aktiviti pemeliharaan)

 

MAE Prosesing Menjalankan operasi memproses

 

MAE Trans Menjalankan aktiviti pengangkutan

 

MAE Marketing Menjalankan operasi pemasaran

 

 

Pendapatan Bulanan

 

Pendapatan bulanan dianggarkan sebanyak RM25,000.00 hingga RM30,000.00 sebulan hasil daripada menjalankan aktiviti aktiviti penternakan.

 

Pengurusan Kewangan

 

Pengurusan kewangan ini dibuat dengan dibantu oleh anaknya dan dua orang kerani beliau. Pengurusan kewangan seperti rekod akaun, cash flow dibuat berdasarkan kepada nasihat juru odit luar yang dilantik bagi menyemak rekod akaun pengusha.

 

Sepanjang menjalankan operasi pemeliharaan ayam selama 20 tahun, beliau telah mendapat kemudahan pinjaman bank sebanyak RM670,000.00. yang terdiri daripada Over Deraf sebanyak RM600,000.00 dan pinjaman Bank Pertanian sebanyak RM70,000.00. Kesemua Pinjaman yang diperolehinya telah dibelanjakan bagi memperbesarkan lagi perniagaan beliau.

 

 

Pelaburan

 

Pembelian tanah Mempunyai beberapa bidang/ladang kelapa sawit dan dusun buah buahan.

Pengangkutan Mempunyai 5 buah trailer muatan 30 tan, 2 buah lori muatan 1 tan, 6 buah lori muatan 3 tan , motokar 6 buah dan motosikal 13 buah.

  

Pengalaman

Pengusaha hanya mendapat pendidikan di peringkat sekolah rendah. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam industri menternak ayam secara komersil yang diperolehi sendiri daripada pihak Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan pembekal anak ayam, makanan dan ubat ubatan.